HAHA. Jiwang bace tajuk entry aku ni. Tapi, nak buat macam mana, kadang-kadang aku jiwang jugak. Takkanlah nak rock 24 jam. Hehe.
Okeh, mulakan. Bila sebut pasal hati, insan yang mulia, yang cantik & macho, selalu di kagumi. Betul kan? Tapi, mengapa ya? Tanya hati masing- masing laa. :)
Hati juga akan menerbitkan pelbagai perasaan. Perasaan yang merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian kita seperti suka, benci, sayang, dan semuanyalah. Justeru, kita hendaklah menjaga hati dan perasaan insan lain supaya kita di kagumi oleh mereka- mereka ini. Tapi, adakah mereka menghargai perasaan kita? dan, adakah kita menghargai perasaan kita sendiri?
Cuba renungkan.
teman.
Setelah lama berfikir, aku cuba membuka kotak inbox dari telefon aku. Wah, banyaknya kata - kata semangat yang telah dilemparkan oleh teman -temanku. Aku tersenyum. Tapi, dimanakah mesej -mesej yang bersifat negatif yang telah aku terima? Aku dah buanglah! Hah, itu mungkin salah satu cara aku nak melupakan insan- insan jahat ini, yang tak reti menghargai aku!
perasaan.
Tapi, aku tetap berasa sunyi, sedih, kesorangan. Mungkin ini nasib. Tapi, walaupun begitu, aku akan harunginya dengan 1001 cabaran. Waima, aku dalam keadaan kurang keyakinan, aku akan tetap berusaha mencorak langkah menuju kejayaan. Tiada lagi kata cinta, tiada lagi pujuk rayu, tiada lagi belas kasihan, kini, aku harus menghargai aku daripada dieksploitasikan daripada kaum durjana.
dia.
Dia kata dia cinta. Dia kata dia sayang. Dia kata dia rindu. Dia kata aku adalah angelnya. Hah, semuanya dusta. Dia cuba mempermainkan perasaan aku. Dia cuba membuatkan aku terasa di awang-awangan. Dia cuba menarik perhatian aku. Dan, ya, dia telahpun cuba menjatuhkan aku. Sehingga, aku jatuh tersunggur. Sehingga, air mataku kering. Sehingga, hatiku hancur. Sehingga, aku bendendam dengan insan sepertinya.
Sekarang, dia bersama gadis lain. Tapi, dulu bukankah dia kata aku hanya dihatinya? Dia melontarkan kata rindu pada buah hatinya, hah, ajaib bukan? Manusia sentiasa berubah dan tidak sedar. Lalu, aku menempatkan diriku ke dalam kamar, melepaskan segala - galanya. Dulu, aku yang kuat, tidak tegar mencurahkan air mata, kini, kecundang. Menahan seksa. Menahan rasa. Dan, ya, keajaiban tidak mungkin akan berlaku.
rakan,
Rakan, yang dulunya ibarat isi dengan kuku, kini, mencorakkan langkah masing-masing ke pesada dunia. Ya, demi mengejar cita -cita setinggi gunung everest, sedalam lautan atlantik. Kini, aku diketepikan. Ya, mereka sibuk dengan kehidupan baru. Bersama- sama pakwe- pakwe mereka yang seaakan suami, kehidupan sosial mereka, rakan-rakan baru mereka, alatan teknologi mereka dan semuanya yang berkaitan dunia. Dan, tidak kisahlah apabila ajak ke masjid pun susah, solat tak tunaikan, dan yang penting, membaca al-quran pun tak lancar. Hah, aku bukan nak mengutuk sesiapa, tapi, banyangkan, kehidupan kita di dunia telah diibaratkan sebagai seorang perantau. Akhirat kekal abadi. Jangan leka berkaroke sana sini, membuat benda -benda tak senonoh sana sini. Ingatlah sikit. Aku pun apa kurangnya. Tapi, alhamdulillah, harap di jauhkan benda negatif.
Hmm. korang rasa aku cemburu dengan kehidupan korang?
Mungkin ada sikit. Tapi, tak kisahlah semua tu k?:D
harapan.
Mengikut hasrat hati, aku ingin membawa diri. Ke mana? Ke Madinah. :)
Aku nak tukar persepsi aku. Aku nak jadi muslimah yang diberkati. Aku ingin hidup aku sentiasa diredhai-NYA. Aku harap, harapanku ini menjadi kenyataan. Tapi, bagaimana ya? Aku teringin nak pakai baju kurung tiap-tiap hari. Aku teringin nak pakai purdah. Tapi aku malu. :b
keluarga.
Aku sayangkan kedua ibu bapa aku. Mereka telah banyak beri dorongan dan tunjuk ajar. Mak aku kata, jaga anak perempuan susah. Sebab itulah dia lalukan apa yang dilakukannya sekarang. Aku memahaminya. Jadi, aku taknak melukakannya lagi. Tapi, soal jodoh. Aku tak mampu lah nak cari,maaf mak.
kesimpulan.
Terimakasih lah kalau anda membaca. :D

No comments:
Post a Comment