Monday, April 19, 2010

berhijrah

Hai. saya dah tak menulis di blog ini. Sila berkunjung ke supercareika.blogspot.com untuk maklumat lanjut. :)

Thursday, January 14, 2010

our world

Tadi aku baca artikel dalam satu blog ni. Kawan aku kasi kat ym, maybe dia suruh aku buka. Tapi, dia tak cakap apa-apa pula. So, aku pun bukalah. Tengok-tengok cerita pasal dajal. Naik seram aku. Ibadat tak cukup lagi. Haih. Menyesal betul. Macam nak menangis pun ada. Dengan dunia sekarang yang lintang pukang, aku lagi takut. Terketar-ketar juga bila pikir bilakah masanya.

Oleh itu, aku bermohon padamu Ya ALLAH, jauhkanlah aku daripada fitnah dajal. Amin.

Tuesday, January 12, 2010

talk, learn, undestand.

HAHA. Hari ni aku browse orang putih kat mspes aku. Gilalah. Aku chat dalam bi dengan dia. Nasib baiklah dia paham ape yang aku mengarutkan tu. Hehe. Mula-mulatu, dah aku say hello kat dia, dia balas balik. Berdebar- debar aku, tak tahu nak jawab ape. Ha, amik kau. Tulah, kat sekolah taknak blaja rajin-rajin. Hehe. Tapi, dapatlah aku bersembang dalam 10 minit ngan dia. Sebab kat malaysia pukul 3 pm. Kat los angeles tu pukul 11 pm. Dia kata dia penat dah, So, aku suruh dia tidolah kan? Tu jeh, btw, kelam kabut jugak aku nak pilih ayat yang best. HAHA

masa untuk membakar lemak.


Merujuk kepada tajuk di atas, aku sebenarnya telah membuat sedikit senaman ringan. Sikit je, tak banyak. Tapi, penat dia. Haihh. Aku sebenarnya baru mencuba basikal yang ayah aku cipta tadi, ohh, bukan bukan. Sejak semalam dia bertungkus lumus mencipta sebuah basikal lumba. Haha. Laju memanglah laju. Tapi, ...... aku pulak sakit. Haha. Dahlah susah nak break sebab tahulah kan, tempat break dia kan bawah sedikit. Biasalah, basikal lumba. Dahlah, aku tak cukup ketinggian. Jadi, aku bawak pelan-pelan jelah. Oleh itu, aku nekad, taknak naik dah. Selain ade pengubah suaian baru yang tak akan menyakitkan aku punya *tut tut. Sekian.

Sunday, January 10, 2010

myspace.


HAHA. Tempat untuk aku cuci-cuci mata. Tengok gelagat orang ambil gambar. Ada yang macam syok sendiri. Ada yang nak tayang body. Ape-apejelah. Hal diorang, diorang dah besar. Mampu pikir apa salah dan tak. Mungkin diorang nak 'berseronok'. Tapi, ntahla. Rasa kesian. Walaupun diorang gembira. Diorang orang islam, tapi pakai skirt sini sana. Hmm. ape-apejelah sekali lagi. Bukan hal ni pun aku nak cerita sebenarnya, dalam kebosanan, aku random-random la member kan. HEHE. Aku pilih yang hensem-hensem je. Yela, rasa macam diorang bidadara syurga pulak kan? HAHA. Hati aku cepat sangat terpaut. Bukan nak bercinta ye. Tolong sikit, nanti jumpa aku tak habis- habis, ehemm.ehemm. Kann? HEHE. Aku sebenarnya nak tahu macam manalah dorang menjaga muka diorang tu. Putih bersih. Tiada kecacatan. Kan? Macam aku pergi kuartes haritu, waktu lunch, bapaklaa, ramai siot pakwe hensem kat sana. Yang belajar/ kerja kat kpj tu. Macam biasa cuci mata. Tapi, bila diorang nampak, cepat-cepat tukar posisi ye. Tips aku ni. HAHA. Dah melalut ni, gudnite all.:D

Saturday, January 9, 2010

mimpi mainan tidur


Realiti kehidupan. Masa berlalu agak pantas. Sedar- sedar aku dah 18 tahun. Mimpi zaman kanak-kanak aku pasal cerita toy story yang ade kat rumah aku kat AU3 pun tak hilang lagi, mimpi aku termasuk kat dalam lubang lif, dengan kakak-kakak ku seakan-akan mengejek di luar lif, gembira sebab aku termasuk dalam tu. Banyak sangat mimpi. Hidup aku penuh dengan mimpi. Yela, aku suka tidur tu banyak mimpi. Tapi, mimpi yang tadi tu waktu aku umur 6 tahun. Memang tak lupalah sebab aku seakan akan meraung, menangis meminta simpati, tapi tak dikesahkan. Alhamdulillah aku dah pindah dari rumah AU3, dan mimpi tu tak jadi realiti. Dan, aku terselamat daripada jatuh ke dalam lubang lif.:D

Waktu form1, aku termimpi yang aku kene histeria. Memang dasyat la. Menangis sini, meraung- raung. Last-last ustazah pun terkena jugak jangkitan histeria ni. Memang aku takut gilalah. Then, aku tersedar dan tukar posisi tidur aku dengan Ayong. Masa tu kat asrama. Dorm tanjung.

Beberapa hari yang lalu, aku mimpi, yang semua ahli keluargaku mati satu persatu. Ni lagi dasyat. Sebab, last-last aku jadi sebatang kara. Dan, kene hidup ngan si PUTERI tu. Dasyat, sebab dia dah jadi macam .... Ntahla, susah nak describekan. Tapi, aku dapat pesanan daripada mak aku, yang suruh aku bersabar banyak-banyak. Ha, terseksanya hidup aku lepastu, terus terbangun. :)


Sebenarnya banyak lagi episod mimpi aku. Tapi, aku tak ingat. Sebab, tak berapa mencabar. Haha. Btw, korang mesti ade mimpi terjatuh basikal ke, tergelincir ke. Then, tersentak secara tiba-tiba. Kan? Kan?

Dan, aku sangat suka bila aku mimpi, then, tersenyum. :) Ah.. bahagianya terasa. :D

hari yang agak membosankan

Hmm. Tapi, rasanya memang tiap- tiap hari bosan kan? Tak begitu? Haha. Harini lagilah sangat bosan. Mum, dad keje. Eila ke rumah mak mertuanya. Aku sorang- sorang. Tinggal ngan ....... Tak tahan betul. Bukan ape, menyampah je. Haha. Jahatnya aku. Tadi, ........ masak. Die tanya ika nak makan tak? Aku cakaplah taknak. Agak was- was dengan cara masakan dia sebenarnya. Biasalah aku. Memilih. Last- last, masa aku nak masak lagsana bolognese, Oh, ya ni first time aku masak lagsana setelah sekian lama tak makan. Makan pun waktu aku darjah 5 kot, time aku duduk rumah cousin aku, anis. Ayahnya order lagsana dari pizza hut. Ha, berbalik pada cerita tadi. Aku turun ke dapur dan jeng.. jeng..jeng.. aku ternampak plastik mee maggi sedap aku. HAHA. Rupa-rupanya dia hanya memakan mee maggi aja. Tanya aku macam nak makan ayam panggang ke tomyam ke.
Mee maggi pun aku reti buat. Tak payah susah2 dia buatkan. Pelik aku, cubalah memasak sikit. Buat hati keluarga aku gembira.


Hmm. ni adelah hasil lagsana bolognese aku. :D Agak tak lawa sedikit bentuk dia. Yela, first time. Tapi, rasa sedap baii. HAHA


nak tak?
:D